needmorethanthis

Sunday, December 25, 2011

payung terjun

salam sekalian umat ALLAH swt pada pagi yg cerah nihh D:

wow . lama jugak zatty x buat entry baru.zatty malas aaa nak update entry if line bodband mcm siput sedut jer . nnti error plak kan . nihh zatty cuti mid sem . so thats mean zatty kat rumah skrang . kat my sweet home d miri , sarawak .

zatty xder per nak story just nak kasi tau satu sukan yg zatty ingin sngat nak buat **payung terjun** korang agak2 nyer laa . dapat tak zatty buat n lakukan sukan nihh.mencabar jiwa dan raga jugak tuhh . hahahaha

mek Zatty kasi sikit introduction pasal sukan nihh~


Payung terjun (bahasa Inggeris:Parachute) merupakan satu alat yang digunakan bagi memperlahankan pergerakkan sesuatu objek melalui atmosfera dengan mewujudkan daya seretan. Payung terjun dibuat daripada kain, kebanyakan adalah nilon. Payung terjun sering kali digunakan, sebagai contoh, bagi memperlahankan penurunan sesuatu objek yang jatuh ke bumi atau sesuatu benda angkasa di dalam atmosfera. Payung terjun sauh juga kadang kala digunakan bagi membantu nyah-pecutan mendatar sesebuah kenderaan (sebuah pesawat kepak kaku, atau pelumba seretan), atau memberi kestabilan (jatuh bebas beriringan, atau kapal bolak balik angkasa selepas menyentuh permukaan bumi). Perkataan "parachute" berasal dari bahasa Perancis dengan awalan perkataan Greek Purba: "para", bermaksud "menentang" atau "melawan" di dalam bahasa Greek Purba, dan "chute", merupakan perkataan Perancis bagi "jatuh". Oleh itu "parachute" sebenarnya bermaksud "menentang kejatuhan". Kebanyakan payung terjun moden dikelaskan sebagai sayap separuh kaku, yang mana boleh dikendalikan, dan boleh membantu mengawal kejatuhan. Payung terjun terawal lebih menyerupai kain dan melekat. Setelah bertahun-tahun rekabentuknya telah berubah dari potongan berbentuk kasar kepada payung terjun yang berbentuk aerodinamik.
Dahulunya, payung terjun pernah dibuat daripada sutera tetapi kini ia kebanyakan dibuat daripada tenunan fabrik nilon yang lebih tahan lama, kadang kala disaluti dengan silikon bagi mempertingkat keupayaan dan kekonsistenan terhadap masa.
Apabila payung terjun berbentuk segi empat (juga dikenali sebagai pelantak udara) diperkenalkan, para pengeluar telah bertukar kepada bahan-bahan regangan rendah seperti Dacron atau bahan-bahan tak beregang seperti Spectra, Kevlar, Vectran dan aramid modulus tinggi.

zatty tunjukkan kat u all gambar gambar zatty ambek kat MR GOOGLE oke :)



yuna pun maen tau bnda nihhh D: suka sangat-sangat !





BTW zatty rsa zatty smpat lagi nihh . zatty nak show siket laaa gamba yg zatty ambek semalam . teym majlis tahlil , doa selamat and smbutan hari jadi bagi ahli keluarga kami ya lahir pada bulan december nihh . termasuk jugak aku ! hahahaha . yg jadi model tentulah family aku tp mostly kamera canon abg aku tercacak kat dua org manusia nihhh . adek aku , anysh n kazen zatty yg sempoi habis , afik :)








okeoke u all D; smpai sini jer laa.panjang plak cite nanti yerr.oke.
ASSALAMUALAIKUM semua ~~


2 comments: