needmorethanthis

Tuesday, November 15, 2011

# memanah

salam hormat dan salam sejahtera . ni zatty nak citer sal sukan memanah . zatty minat laa sangat2 an sukan ni . tapi xpernah nak kesampaian . hanya angan - angan kot :)




Memanah atau “Archery” merupakan salah satu jenis sukan paling lama di dunia. Ia telah diperkembangkan sejak zaman manusia menemui dan mencipta tamadun dan peradaban. Hal ini adalah kerana memanah pada asalnya bukan untuk dipertandingan tetapi cara dan alat untuk terus mencari kehidupan atau “survival”. Tidak hairanlah jika acara memanah ini adalah setua umur sukan mula dipertandingkan di dunia ini. Ia dipertandingkan di semua kejohanan sukan olahraga di seluruh dunia.


UNDANG-UNDANG MEMANAH **pertandingan**

1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Selain daripada peraturan -peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut
undang-undang "International Archery Federation (FITA)
dan Peraturan-peraturan Am MSSMK.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan akan dijalankan secara Single FITA dalam jangka masa empat (4) hari termasuk hari latihan rasmi (sighters) yang akan dijalankan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama
dijalankan.

2.2 Lelaki Perseorangan dan Berpasukan (18 Tahun dan ke bawah)

2.2.1 Jarak 90 M
2.2.2 Jarak 70 M
2.2.3 Jarak 50 M
2.2.4 Jarak 30 M

2.3 Wanita Perseorangan dan Berpasukan ( 18 Tahun dan ke bawah)

2.3.1 Jarak 70 M
2.3.2 Jarak 60 M
2.3.3 Jarak 50 M
2.3.4 Jarak 30 M

2.4 Lelaki / Wanita Perseorangan dan Berpasukan (15 Tahun dan ke bawah)

2.4.1 Jarak 50 M
2.4.2 Jarak 40 M
2.4.3 Jarak 30 M
2.4.4 Jarak 20 M

2.5 Lelaki / Wanita Perseorangan dan Berpasukan (12 Tahun dan ke bawah)

2.5.1 Jarak 25 M
2.5.2 Jarak 20 M
2.5.3 Jarak 15 M
2.5.4 Jarak 10 M

2.6 Pusingan Olimpik (18 tahun dan ke bawah)

2.6.1 Jarak yang dipertandingkan ialah 70 M (lelaki dan wanita)
2.6.2 Bagi acara individu , 32 pemanah lelaki dan 32 pemanah wanita terbaik dari Single FITA akan layak bertanding dalam Pusingan Olimpik. Sebarang penambahan peserta bagi acara ini akan diputuskan oleh pengelola.

2.6.3 Bagi acara berpasukan, semua pasukan yang bertanding akan layak bertanding dalam Pusingan Olimpik layak bertanding dalam Pusingan Olimpik






No comments:

Post a Comment