Pengenalan
Apakah Anaemia?
Ia adalah suatu keadaan di mana sel darah merah yang matang yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan berkurangan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dinamakan haemoglobin. Anaemia biasanya bermaksud haemoglobin yang tidak mencukupi. Paras Haemoglobin yang normal adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL untuk perempuan dan 12.5 hingga 18.5g/dL untuk lelaki.
Sebab-sebab anemia
- Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
- Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
- Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan lain-lain keadaan.
- Kurang penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum. Ini mungkin disebabkan oleh:
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi di mana ianya melebihi paras penyerapan zat besi.
- Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
- Faktor Toksik : Penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubatan.
- Kekurangan hormone : Paras hormon tiroid rendah.
- Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum.
- Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.
- Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
- Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Mungkin berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan sesuatu ubat.
Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :- Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
- Talasemia.
Tanda-tanda dan gejala
Ramai remaja menghidapi Anaemia dan tidak mengetahui sebabnya.
Gejala-gejala termasuk
- Keletihan setiap masa
- Pening
- Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
- Kulit pucat
- Kadar denyutan jantung yang cepat
- Kurang daya ingatan
- Kurang berat badan
Komplikasi Jika Anaemia sangat teruk ia akan menyebabkan :
- Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
- Masalah semasa mengandung seperti melahirkan anak pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa berada di dalam kandungan.
Rawatan
Pemeriksaan haemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda.
Rawatan Anaemia bergantung kepada jenis Anaemia yang dihadapi.
- Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti Talasemia, Leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
- Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka ia perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil tambahan zat besi. Sila lihat Jadual 1 untuk kandungan zat besi dalam makanan.
Tip lain: Untuk merawat kekurangan zat besi :
- Dinasihatkan mengambil pil tambahan zat besi bersama dengan vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
- Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan pada usus perlu dirawat.
Jadual 1 : Kandungan Iron dalam makanan
Makanan
|
Saiz Hidangan
|
Zat Besi (mg)
|
---|---|---|
Hati, Ayam | 2 keping,105g |
12.8
|
Paha ayam | 1 ketul kecil,125g |
1.0
|
Daging lembu tanpa lemak | 1 keping,268g |
5.9
|
Hati, Lembu | 1 keping,283g |
11.1
|
Tuna | 1 ketul,73g |
1.1
|
Kerang | 10 Biji,86g |
2.0
|
paru | ½ Cawan,2g |
7.7
|
Oat di proses | ½ cawan |
1.8
|
Tauhu | 1 keping,107g |
3.4
|
Kacang | 1 cawan,154g |
4.5
|
Bayam | 1 cawan di cincang,64g |
2.4
|
Kismis | 39g, ¼ cawan |
1.4
|
Roti | 1 keping,25g |
0.8
|
Nasi | 128g |
0.3
|
Rujukan : Nutrition Composition of Malaysian Food, 4th Edition. Institute for Medical Research, 1997.
Pencegahan
Makan makanan seimbang setiap hari. Sila lihat Piramid Makanan.
Semakin Akhir | : | 25 Januari 2008 |
Penulis | : | Dr. Zainab bt. Kusiar |
honestly copy from portal kementerian kesihatan malaysia .
zatty : haihaihai.ehhhh.lebih plakkk.okay.zatty rasa tok bguna k rujukan kita semua ! just nak bagik info yg bguna jakkk.assalamualaikum ;pp
No comments:
Post a Comment