Kajian membuktikan individu yang tidur terlalu sekejap atau tidur pada waktu tidak sesuai berhadapan dengan kesan jangka panjang menggantikan tidur tidak dapat menyembuhkannya iaitu peningkatan risiko mendapat kencing manis, penyakit jantung dan lain-lain masalah kesihatan. Menurut Russel Sanna dari Jabatan Perubatan Tidur, Pusat Pengajian Perubatan Harvard, masyarakat dunia kini berhadapan dengan masalah kekurangan tidur dan ia satu isu dan cabaran besar kepada penjaga kesihatan.
- Serius manakah perkara ini sehingga ia menjadi kebimbangan pakar perubatan?
Gambar Hiasan |
- Corak pemakanan dan aktiviti fizikal juga menjadi faktor utama untuk penyakit diabetes. Apabila kita penat, memang sukar untuk memaksa diri bersenam atau makan buah berbanding donut terutama jika sampai ke rumah pada jam 3 pagi ketika kita sepatutnya tidur. Dalam kajian terbaru, menunjukkan bahawa tidur memainkan peranan yang lebih kompleks dalam kehidupan seseorang. Apabila kita kekurangan tidur, ritma biologi badan yang normal akan terjejas menyebabkan berlakunya perubahan fizikal pada badan yang tanpa disedari membantu membuat ‘tangga’ untuk diabetes bersarang dalam badan, kata Dr Orfeu Buxton dari Hospital Wanita dan Brigham di Boston. Dia melakukan kajian ke atas 21 sukarelawan sihat yang tinggal hampir enam minggu di makmal dengan pemakanan, aktiviti fizikal, tidur dan cahaya lampu dikawal sepenuhnya. Pada permulaan, semua 21 peserta mendapat rehat secukupnya.
- Tetapi selama tiga minggu, mereka hanya dibenarkan tidur selama lima setengah jam sehari pada waktu berbeza sama ada malam atau siang. Ini bertujuan meniru waktu kerja syif yang tidak menentu atau masalah jet lag yang berpanjangan. Kaedah ini didapati menjejaskan ritma sirkadian badan iaitu jam biologi utama yang mengawal fungsi badan apabila kita mengantuk atau turun naik suhu badan. Apa yang berlaku memang memeranjatkan. Dalam artikelnya yang disiarkan di Jurnal Perubatan Sains Translasi, Buxton melaporkan, di dapati paras gula peserta meningkat selepas makan, kadang kala mencecah paras pradiabetes. Ini kerana pankreas berhenti mengeluarkan cukup insulin. Pada masa sama, kadar metabolisme peserta menurun sebanyak lapan peratus. Penyelidik kemudian merancang pemakanan peserta supaya berat badan mereka tidak bertambah tetapi menurut Buxton, dalam keadaan biasa, keadaan ini (kemerosotan kadar metabolisme sebanyak itu) akan menyebabkan pertambahan berat badan sebanyak 4.5 hingga 5.5 kilogram setahun.
- Keputusan kajian ini ada logiknya, kata Pengarah Pusat Tidur, Pusat Perubatan Montefiore yang juga pakar neurologi di Kolej Perubatan Albert Einstein di New York, Dr Michael Thorpy. “Kita perlu ada alasan yang baik jika mahu menghabiskan satu pertiga masa dalam sehari untuk tidur,” katanya sambil menegaskan bahawa diabetes bukan satu-satunya masalah yang perlu dibimbangkan. Kira-kira 70 juta rakyat Amerika mengalami masalah tidur yang kronik daripada insomnia hinggalah ke apnea tidur. Tidur yang terjejas sejak dulu lagi dikaitkan dengan masalah tekanan darah tinggi, penyakit jantung, obesiti, kemurungan, masalah daya ingatan dan melemahkan sistem imun. Ada satu lagi perkara yang menjadi kebimbangan: Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan kerja syif malam sebagai karsinogen kerana terlalu banyak cahaya pada waktu malam boleh menghalang aktiviti hormon untuk membolehkan seseorang tidur dan menindas sel barah. Tidakkah tubuh seseorang itu boleh mengadaptasi jika dia bekerja syif malam untuk jangka masa yang lama? Dalam hal ini, keadaan individu yang kerap bertukar syif lebih membimbangkan, kata Buxton. Dalam kajiannya, badan sukarelawan beralih balik kepada keadaan normal selepas sembilan malam mendapat tidur mencukupi (dan tidur pada waktu malam).
- Hingga kini tiada siapa tahu berapa lama yang diperlukan sebelum masalah kekurangan tidur dan kecelaruan jam biologi akan menyebabkan kerosakan kekal pada badan. Menurut Thorpy, orang yang memang berjaga malam lebih mudah mengadaptasi apabila dikehendaki bekerja syif malam tetapi mereka akan menghadapi masalah jika disuruh bekerja siang pada hari cuti. Bahkan, didapati hampir 30 peratus pekerja syif malam mengalami masalah tidur selepas pulang ke rumah atau ketika mereka penat. Keadaan ini dipanggil ‘gangguan atau penyakit kerja syif.’ Sehubungan itu, ada beberapa saranan untuk menikmati hidup yang lebih sihat dan sejahtera iaitu: Orang dewasa memerlukan tidur nyenyak selama tujuh hingga sembilan jam sehari. Individu yang bekerja malam disarankan terus tidur sebaik sampai ke rumah. Padamkan semua lampu supaya anda tidur dalam keadaan gelap seperti waktu malam. Thorpy mencadangkan supaya anda memakai cermin mata kekuningan atau jingga ketika memandu balik bagi mengelakkan cahaya biru daripada memasuki mata dan boleh menyebabkan anda terus berjaga sampai pagi. Biarkan cahaya matahari membantu menyelaraskan jam tidur biologi anda.
- Bagi kebanyakan orang, cahaya matahari pada waktu pagi sangat penting. Bagi yang bekerja syif malam, cahaya terang pada waktu petang akan mengubah jam biologi mereka secara semula jadi. Pastikan bilik tidur anda gelap, sejuk, selesa dan sunyi. Elakkan minum minuman mengandungi kafein, alkohol dan keadaan tegang sebelum tidur. Alat elektronik pula jangan diletakkan terlalu dekat dengan katil. Sebaiknya tidur dan bangun pagi pada waktu yang sama setiap hari supaya anda berasa lebih cergas. - AP
credit to Hmetro ;) zatty : oouhhhh xpat on9 ahe ahe giktokkkk :/
Kmk tok la slalu gia. Tunggu ok kit, xmok keja mlm gik. Naso nk ngato tido
ReplyDeletehahaha . mna yaa . mcm kmk salu on9 ahe bha kak . thats why kmk crik info sal tok :P hee
ReplyDelete