needmorethanthis

Monday, January 09, 2012

banjirrr ? :3

assalammualaikum semuaaaaaaa :) nak share sesuatu . sila baca .


Bencana alam ada kalanya memang tidak dapat diduga. Kadarnya juga tidak disangka-sangka. Fenomena bencana alam boleh berlaku sekelip mata tanpa amaran tetapi bencana banjir yang melanda di negeri kita masih boleh dikesan dengan tanda-tanda.
Sebagaimana bencana-bencana alam lain yang berlaku di seluruh dunia, harta benda dan nyawa berada dalam keadaan kritikal. Dalam keadaan yang tidak boleh dielakkan ini, pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat berguna. Hal tersebut dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian yang tinggi. Tiga detik penting yang perlu diambil perhatian dalam menghadapi musim banjir iaitu melibatkan langkah berjaga-jaga pada sebelum waktu banjir, ketika banjir mula berlaku dan juga selepas banjir surut. Langkahlangkah di bawah disusun dengan mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan.

SEBELUM

1. Sediakan senarai nombor-nombor telefon penting seperti bilik gerakan banjir yang terdekat .

2. Anda juga bolah menyediakan beg-beg pasir yang boleh digunakan untuk menghalang kemasukan air yang cepat di bawah pintu atau lubang-lubang lain sekitar rumah. Sementara itu, anda akan mempunyai lebih masa menyelamatkan barang-barang penting.

3. Sentiasa mengambil tahu mengenai ramalan hujan sekiranya anda tinggal di kawasan yang berpotensi besar banjir.

4. Sediakan kit khas persediaan menghadapi banjir. Dilengkapi dengan lampu suluh, tempat dokumen penting, radio kecil, ubat-ubatan dan sebagainya yang dirasakan perlu.

5. Ambil tahu tentang tempat suis ataupun paip utama yang perlu ditutup semasa kecemasan. Jika perlu, tampal pelekat penanda atau label.

6. Dalam musim hujan, pastikan telefon bimbit dalam keadaan baik.

SEMASA

1. Tanya diri anda sendiri, di manakah anak-anak dan ahli keluarga anda ketika itu? Keselamatan nyawa adalah yang paling utama.

2. Tutup semua barangan elektrik atau suis utama. Ia bagi mengelakkan kerosakan melalui litar pintas dan terkena kejutan elektrik.

3. Alihkan barang secepat mungkin ke tempat tinggi atau ke tingkat atas sekiranya ada.

4. Pasang radio untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan banjir.

5. Gunakan telefon hanya untuk kecemasan sahaja. Jimatkan bateri dan limitasi bayaran talian telefon anda.

6. Jika sempat, hubungi sahabat atau saudara terdekat untuk membantu memindahkan anda secepat mungkin sebelum jalanraya dinaiki air.

7. Jangan cuba menempuhi jalan yang dinaiki air. Kenderaan anda berisiko untuk terkandas.

8. Segera berpindah jika diarahkan oleh pihak bertanggungjawab. Berikan kerjasama kepada tugas-tugas menyelamat.

9. Sekiranya rumah tidak terlibat dengan banjir, elakkan keluar memandu jika tiada keperluan penting. Jalan dinaiki air dan kesesakan lalu lintas berlaku.

10. Elakkan mengharungi air yang berarus sekiranya paras air melebihi paras lutut.

11. Jika kereta terkandas, segera selamatkan diri terlebih dahulu. Dapatkan kereta anda setelah air surut.

SELEPAS

1. Ketika memasuki rumah yang ditenggelami air, gunakan kasut but dan sarung tangan getah untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diingini.

2. Jangan sentuh barangan elektrik sembarangan. Periksa sambungan elektriknya terlebih dahulu.

3. Di dalam rumah, jaga langkah anda. Lantai agak licin dengan lumpur. Berhati-hati dengan ular, benda-benda tajam dan lubang.

4. Periksa siling yang mungkin menakung air. Gunakan batang kayu untuk menebuk keluar air.

5. Hati-hati dengan penggunaan air. Hanya gunakan air bersih sahaja untuk mengelakkan wabak.

6. Gunakan ‘bleach’ untuk membersihkan jangkitan pada barang-barang yang terkena air banjir.

7. Teruskan mengikuti informasi banjir melalui saluran media.

informasi dari :: johordt.gov

No comments:

Post a Comment