needmorethanthis

Monday, December 26, 2011

aids

salam semua. hari nii zatty nak korang tau laaa skrg dalam dunia moden nihh bnyak penyakit yg bleluasa. merabak tak kenal umur bangsa atau darjat . kalo die nak jangkit haaa dia jangkit laa. xder penyakit nii nak memilih.kadang2 jugak penyakit yg bbhaya skrg nihh datang tanpa kita undang. kalo dah terkena baru laa menyesal.merintih knape aku bleh dapat penyakit gini.apa dosa aku ? hanya allah swt yang tahu :)

so today zatty nak share sikit laa bkaitan an satu penyakit nihh . penyakit yg menggerunkan org ramai. penyakit yg menyebabkan satu family menangis.why ? knape manusia bleh dapat penyakit nihh.zatty nak citer psal AIDS . korang tau x penyakit ape tuhh.zatty rasa korang tahu nama jerr kan.asal and why org kiter bleh dapat penyakit nihhh.

lets read about this.zatty search laa kat wikipedia pasal AIDS nihh.lots of information zatty dapat dari sini .

AIDS ?
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau "SKIP")) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus).

asal usul dtang nya penyakit AIDS nihh ?
Asal usul AIDS dan HIV telah menjadi tanda tanya saintis semenjak penyakit itu mula dikenalpasti pada awal tahun 1980-an. Kes pertama yang dikenalpasti sebagai AIDS berlaku di Amerika Syarikat pada awal tahun 1980-an apabila kebanyakan lelaki homoseksual di New York dan California menunjukkan jangkitan penyakit luar biasa dan kanser yang sukar dirawat. Pada masa itu, AIDS tidak mempunyai nama tetapi jelas pesakit-pesakit tersebut menunjukkan gejala sindrom yang sama.
Pada tahun 1982, pegawai-pegawai kesihatan mula mengunakan istilah "acquired immunodeficiency syndrome" atau AIDS untuk menerangkan kejadian-kejadian jangkitan luar biasa ini seperti barah Karposi Sarcoma dan pneumonia di kalangan masyarakat yang sebelum ini sihat. Laporan dan pengesanan pesakit AIDS secara rasmi bermula pada tahun itu di Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, para saintis menemui virus yang mengakibatkan AIDS. Virus ini pada mulanya dinamakan HTLV-III/LAV (human T-cell lymphotropic virus-type III/lymphadenopathy associated virus) oleh sekumpulan saintis antarabangsa. Nama ini kemudian ditukar kepada HIV (human immunodeficiency virus).
Buat masa ini, para saintis masih tidak jelas tentang asal usul HIV dan bagaimana ia tersebar di kalangan masyarakat manusia. Kebanyakan saintis percaya bahawa HIV berasal dari primat lain. Kemudian pada tahun 1999, sekumpulan saintis telah melaporkan bahawa mereka telah menjumpai asal-usul HIV-1, jenis utama virus HIV yang terdapat di negara-negara maju. Satu subspesis cimpanzi, yang berasal dari Barat Afrika telah dikenalpasti sebagai punca virus ini. Mereka percaya bahawa HIV-1 didedahkan kepada manusia apabila pemburu-pemburu ini didedahkan kepada darah cimpanzi yang dijangkiti oleh virus ini.

jangkitAn AIDS yg paling awal ?
Antara kajian yang dilakukan pada masa ini mendapati HIV yang paling awal diketahui dalam manusia ialah daripada contoh darah yang diambil daripada seorang lelaki pada tahun 1959 di Kinshasa, Republik Demokratik Congo. Cara bagaimana dia dijangkiti virus ini bagaimanapun tidak diketahui. Berdasarkan analisis genetik ke atas sempel darah menunjukkan kemungkinan jangkitan itu berasal daripada satu virus pada akhir tahun 1940-an atau awal tahun 1950-an

Bagaimana AIDS bertindak kat badan kiter nihh ?
Lazimnya, sistem pertahanan manusia bertindak sebagai perisai yang melindungi manusia daripada bakteria, virus dan sebagainya. Apabila virus HIV masuk dalam badan, ia mula merosakkan sel pertahanan tubuh badan yang dipanggil 'CD4 helper lymphocyte' (sel pembantu CD4). Sel CD4 bertindak sebagai utusan kepada sel-sel sistem pertahanan tubuh badan yang lain, memberitahu mereka untuk melawan organisma yang menceroboh. HIV melekat dan menjangkiti sel CD4 dan mejadikan sel CD4 sebagai tempat untuk menggandakan virus HIV. Dalam proses ini, sel CD4 yang dijangkiti hilang keupayaan untuk melawan jangkitan lain.

Apabila perisai ini lemah atau hilang, individu terbabit dikatakan dijangkiti AIDS. Mereka yang mendapat AIDS, tidak mampu untuk melawan pelbagai jangkitan dan boleh juga mendapat jenis kanser yang tertentu contohnya Karposi sarcoma dan lymphoma. AIDS boleh melibatkan semua sistem dalam tubuh badan.

Tanda tanda seseorang manusia nihh positif AIDS/HIV ?

1.Terlalu lemah dan lesu
2.Penurunan berat badan yang mendadak
3.Demam panas yang kerap
4.Peluh malam
5.Kelenjar limfa membengkak
6.Ruam kulit dan ulser pada permukaan mukosa.( Contoh : lapisan dalam mulut)
7.Cirit-birit yang kronik
8.Batuk kronik
9.Hilang ingatan
10.Jangkitan teruk yang tidak dapat dirawat

cara cara AIDS/HIV ini disebarkan kat manusia ??
::HIV/AIDS dapat disebarkan melalui cecair badan::
1.Perhubungan seks tanpa kondom
2.Penerimaan darah yang tercemar
3.Perkongsian jarum suntikan dadah
4.Dari ibu ke anak semasa mengandung atau pelahiran atau menyusu
::HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui::
1.Perciuman atau berpeluk
2.Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
3.Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
4.Berenang di kolam renang awam
5.Gigitan nyamuk atau serangga lain

oke kalian . so now korang dah tau laa knapa AIDS or HIV nii bleh merebak.sini zatty nak ingatkan bjaga jaga laaa sebelum terkena.kalau dah terkena nanti nak ulang balik masa ke masa lampau pun x guna lagi.nasi dah jadi bubur tuhhhh :) zatty doakan kalian yang membaca entry zatty kali ini sihat selalu and dirahmati ALLAH swt. AMIN :D


2 comments:

  1. fuhhh pjgnye! i baca tanda n cara je haha.

    ReplyDelete
  2. miss vovlvo :) haha . atleast u ada bca dr xde bca . hee . thanks yahhh

    ReplyDelete