needmorethanthis

Tuesday, October 18, 2011

mayat bayi ? kesan kelaran ?

salam ceria warga blogger.entry yg ni zatty nak citer sal kes yg tjadi d betong.betong ? BETONG digemparkan dgn satu kes ttg mayat bayi . nak tau lebih lanjut . baca ni <-->

BETONG: Seorang bayi perempuan yang dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam lalu, ditemui mati dengan kesan kelaran di bilik asrama perempuan sebuah sekolah menengah, di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Hendry Nyuhai berkata susulan kejadian itu, polis menahan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada 9.15 pagi tadi bagi membantu siasatan.
"Selepas menerima laporan daripada pihak sekolah, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Betong ke lokasi kejadian dan menemui seorang bayi perempuan yang sudah meninggal dengan beberapa kesan luka di bahagian leher, perut dan belakang badan," katanya kepada Bernama, di sini.

Beliau berkata mayat bayi malang itu ditemui terbaring bersebelahan katil pelajar perempuan berkenaan.

Katanya polis turut merampas sebilah pisau yang ditemui disorokkan dalam selimut di tempat kejadian.

Pelajar perempuan itu dihantar ke Hospital Umum Betong bagi mendapat rawatan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - (Bernama)

*kalo korang nak tengok gamba mayat bayi tu bleh search kat google k :3 x snggup asa nyer nak ltak gamba bayi tuu kat sini . SEDIH NGERI KEJAM !!*




No comments:

Post a Comment